ARTIKEL

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mengadakan lawatan kerja ke Bilik Gerakan Banjir Negeri di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Tun Wan Junaidi gesa pelaksanaan pelan mitigasi banjir menyeluruh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Terdapat keperluan untuk melaksanakan pelan mitigasi banjir yang menyeluruh, berkesan dan strategik bagi menangani masalah banjir, bukan sahaja ketika musim Monsun Timur Laut, malah sebagai langkah jangka panjang di seluruh Sarawak.

Sejajar dengan itu, Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan bahawa kesejahteraan rakyat merupakan keutamaan.

“Saya berharap agar semua agensi terus memperkukuh kerjasama dan koordinasi bagi memastikan impak bencana ini dapat dikurangkan, khususnya dari segi keselamatan nyawa dan kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkenan mengadakan lawatan kerja bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi ke Bilik Gerakan Banjir Negeri di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Sementara itu, lawatan yang bermula pada jam 4.30 petang bertujuan meninjau secara dekat pengoperasian bilik gerakan serta mendapatkan taklimat terkini berhubung situasi banjir yang melanda beberapa bahagian di Sarawak.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut Timbalan Premier merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi JPBN, Datu Felicia Tan Ya Hua; dan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) merangkap Ketua Sekretariat JPBN, Abdul Wahab Rahim.

Sejurus ketibaan, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah diberikan taklimat menyeluruh tentang situasi semasa banjir, termasuk jumlah mangsa terjejas yang kini mencecah 3,019 orang melibatkan 13 daerah, dengan pembukaan 40 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri.

Sehubungan itu, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan mangsa banjir serta kesan bencana yang dihadapi oleh rakyat Sarawak.

Dalam pada itu, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan serta agensi terlibat yang bertungkus-lumus melaksanakan operasi menyelamat dan penyaluran bantuan tanpa mengira masa dan keadaan.

Sementara itu, Uggah menyifatkan lawatan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah ke Bilik Gerakan Banjir Negeri sebagai satu peristiwa bersejarah.

“Ia merupakan peristiwa bersejarah memandangkan ini merupakan kali pertama seorang Yang di-Pertua Negeri Sarawak bersama Toh Puan berkenan mengadakan lawatan ke pusat operasi ini,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan yang ditunjukkan terhadap nasib mangsa banjir.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat