ARTIKEL

FOTO: Astana Sarawak Tun Wan Junaidi ketika menyampaikan darjah kebesaran kepada salah seorang penerima pada istiadat yang berlangsung di Astana Sarawak, hari ini.

Tun Wan Junaidi kurnia darjah kebesaran kepada 148 penerima

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 148 penerima dikurniakan pelbagai darjah kebesaran pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Sarawak, hari ini.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penerima atas komitmen mereka dalam menyumbang secara langsung dan signifikan kepada pembangunan serta kemajuan negeri Sarawak.

“Besar harapan agar semua penerima akan terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat, memelihara nilai murni serta menjadi teladan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Mendahului senarai ialah penerima tunggal Pingat Pentadbiran Awam – Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) iaitu Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh.

Seterusnya, Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak – Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S) menyaksikan tiga penerima iaitu Mohamad Shiblie Abg Sapuan, Ida Rohana Othman dan Susan Clement Ingun.

Sementara itu, seramai 14 penerima dikurniakan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak – Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) melibatkan Temenggong Wasli Nor, Charles l Benet Ait, Ir. Ts. Daneil Punang, Daniel Jok Wan @ Asa Jau, Desmond Lo Jit Chung, Joryim Ngayop, Lang Likong dan Lee Thin Hin.

Pingat Pentadbiran Awam – Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) pula dikurniakan kepada 19 penerima termasuk Lt Kol Ismanizam Ismail, Mejar Chester Richard, Mejar Muhammad Adam Carlos Rakem, Abdul Rasid Subet dan Amrizan Madian.

Selain itu, seramai 13 individu menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak – Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) termasuk Husien Yusup, Mathew Uning, Martin Ngindang Richard Mulok, Meyu @ Mew Beruang, serta Juliana Siee bagi pihak mendiang Siee Matrang.

Bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak – Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K), seramai 21 individu menerima anugerah tersebut yang terdiri daripada Baie Barang, Bajing l Ambin, Chen Chee Joong, Chiu Kuong Woo dan Dilang Jungai.

Istiadat turut menyaksikan 36 penerima bagi Pingat Pentadbiran Awam iaitu Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) kepada Sub Inspektor Jimmy Ja-ih, Aziz Suhanah, Fadzly Adis, Idris Hassan, Chanic Bajat dan Nozie Musa.

Sementara itu, Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak – Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) menyaksikan seramai 41 penerima antaranya Azman Sapiee, Aman Bakir, Ambau Lawieh, Amirul Wahap, Augustus Nanang Embuas, Anthony Ngau, Juliah Kalang serta Kamsiah Seman.

Turut hadir mengiringi beliau ialah isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Rosey Yunus; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta isteri; Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Majang Renggi serta tetamu kenamaan lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU