ARTIKEL

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Dr Madeline Berma. FOTO ASTANA

Tun Wan Junaidi sifatkan pemergian Madeline Berma satu kehilangan besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan pemergian mendiang Datuk Dr Madeline Berma sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada Sarawak, malah kepada negara.

Menurut beliau, sumbangan mendiang dalam bidang ekonomi pembangunan serta advokasi komuniti terpinggir telah banyak membantu pembentukan dasar penting di peringkat negeri dan nasional.

“Kini Sarawak telah kehilangan sebutir permata yang amat berdedikasi,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, Tun Wan Junaidi mendedahkan bahawa ayah mendiang merupakan kenalannya ketika mereka berkhidmat bersama sebagai anggota polis suatu ketika dahulu.

“Kita mendoakan agar seluruh ahli keluarga mendiang diberikan ketabahan, kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi saat-saat sukar ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau bersama isteri memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di kediaman mendiang di Kampung Siol Kandis.

Ketibaan Tun Wan Junaidi serta isteri disambut dengan penuh rasa hiba oleh ahli keluarga terdekat.

Dalam kunjungan tersebut, TYT dan Toh Puan turut meluangkan masa bersama waris bagi menyampaikan ucapan takziah secara peribadi.

Sementara itu, ahli keluarga dan rakan taulan turut memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di Kubur Kwong Tong (KTC), Kuala Lumpur sebelum jenazah dibawa pulang ke Kuching.

Mendiang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor pada jam 11.30 pagi, Selasa (30 Dis).

Upacara pengebumian dijadualkan berlangsung di Perkuburan Sarawak Dayak National Union (SDNU), Siol Kandis pada Sabtu (3 Jan).

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road