KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) Malaysia, Tan Sri Datuk Sri Shamsul Azri Abu Bakar, malam tadi.
Perjumpaan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu diadakan dalam suasana yang mesra dan penuh penghormatan.
Ia bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menjadi wadah untuk bertukar pandangan serta mengenang hubungan baik yang telah lama terjalin.

Dalam pertemuan tersebut, Tun Wan Junaidi manzahirkan agar hubungan yang terjalin terus erat dan memberi manfaat berpanjangan.
Shamsul dilantik sebagai KSN pada 12 Ogos tahun lalu.
Dengan pelantikan tersebut, beliau terus menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta komitmen yang tinggi.

