ARTIKEL

Poster tabung Solidariti Najib Razak.

UMNO lancar tabung Solidariti Najib Razak bantu bayar denda RM50 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif itu digerakkan susulan perkembangan terbaharu membabitkan Najib yang mendapat pengampunan bersyarat untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Katanya, tabung berkenaan merupakan inisiatif Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tanda keprihatinan dan solidariti keluarga UMNO serta rakyat Malaysia yang mahu memberikan sokongan kepada Najib.

“Inisiatif YAB Presiden ini dizahirkan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti seluruh keluarga UMNO serta rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama memberikan sokongan kepada Datuk Seri Najib yang banyak jasanya pada negara,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini, susulan perkembangan terbaharu membabitkan bekas Perdana Menteri berkenaan.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Pengampunan berkenaan tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Asyraf Wajdi mengajak kepimpinan dan ahli UMNO serta seluruh masyarakat untuk menyumbang secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing menerusi saluran rasmi yang disediakan.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira