Unimas berjaya buktikan formula atasi krisis air

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Utiliti sedia menjalinkan kerjasama dengan Unimas dalam mengatasai masalah air khususnya di kawasan luar bandar. Menteri Muda Bekalan Air Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Projek Penyahgaraman Air Unimas untuk Sarawak yang dijalankan oleh pihak univerisiti kira-kira lapan tahun lalu, terbukti berjaya.

Menurut kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut untuk mengadakan kerjasama supaya sistem yang diguna dan dihasilkan di Unimas itu dapat diguna pakai bagi mengatasi masalah air di negeri ini.

“Banyak tempat mengalami kekurangan air disebabkan kesukaran untuk mendapatkan bekalan air termasuk menyalurkan sumber air berkualiti.

“Kebanyakan isu ini berlaku di kawsan pesisir kerana masalah paip lama pecah dan tidak berfungsi menyebabkan penduduk tidak mendapat bekalan air mencukupi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Lawatan ke Loji Penyahgaraman di Fakulti Alam Bina Unimas, di sini semalam.

Tambahnya, program lawatan semalam melibatkan rombongan kementerian termasuk JBALB. “Kita membawa pegawai termasuk jurutera melihat sendiri projek yang dijalankan Unimas, sekiranya dapat dibawa ke kawasan yang memerlukan di negeri ini.

“Selepas mendengar penerangan disampaikan, kita dapati sistem ini sesuai ditempatkan di kawasan sasaran,” jelasnya.

Menurutnya lagi, kelebihan sistem Unimas menunjukkan terdapat kemudahan mendapatkan alatan diguna pakai, mudah didapati di Sarawak dan kawasan berdekatan.

Tambah Abdul Rahman, Kerajaan Sarawak tidak perlu mencari alatan di luar negara memandangkan berkenaan sistem sudah ada.

“Selain menjimatkan kos, ia juga mampan kerana sistem ini berfungsi selama empat hingga lima tahun berturut-turut tanpa ada barang masalah, ia mudah digunakan di kawasan luar bandar,” tegasnya

Suara Sarawak