KUCHING: Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada sepanjang musim hujan, terutamanya terhadap kemungkinan kehadiran buaya.
Menurut hantaran Facebook Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), paras air yang meningkat akibat hujan berterusan boleh menyebabkan buaya muncul di kawasan berisiko.
“Antara kawasan itu adalah berhampiran sungai dan parit, termasuk parit besar di kawasan perumahan,” kata hantaran itu.
Sementara itu, SFC memaklumkan paras air yang semakin naik akibat hujan berterusan meningkatkan kemungkinan kehadiran buaya.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada berada di sekitar kawasan berisiko.
“Jangan melalui atau bermain di kawasan parit besar atau tepi sungai semasa hujan lebat atau banjir.
“Selain itu, orang awam perlu peka terhadap maklumat terkini.
“Kami juga menasihati masyarakat agar sentiasa mengikuti maklumat terkini berkaitan kehadiran buaya atau bahaya lain.
“Keselamatan haiwan peliharaan mereka juga perlu dijaga dan jangan biarkan berkeliaran kerana perbuatan itu boleh mengundang bahaya.
“Akhir sekali, sediakan nombor kecemasan, simpan nombor telefon penting untuk tindakan segera sekiranya berlaku kecemasan,”katanya.
SFC turut menggalakkan orang ramai mendapatkan maklumat lanjut melalui saluran rasmi mereka, termasuk laman web www.sarawakforestry.com/
(http://www.sarawakforestry.com) atau saluran
WhatsApp.

