ARTIKEL

Abang Johari merakam kenangan bersama delegasi Yayasan Hasanah dalam kunjungan hormat tersebut, hari ini. (FOTO: UKAS)

Yayasan Hasanah laksana 43 projek di Sarawak berjumlah RM38 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yayasan Hasanah sedang melaksanakan sebanyak 43 projek di Sarawak berjumlah RM38 juta. Projek tersebut merangkumi program pendidikan, alam sekitar, ruang awam, seni, dan juga kajian berkenaan beras Sarawak yang mempunyai potensi tinggi.

Pemegang Amanah yang juga Pengarah Urusannya, Siti Kamariah berkata, kesemua projek tersebut dilaksanakan melalui kerjasama 39 badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, melibatkan penyertaan aktif komuniti Anak Jati Sarawak.

Perkara itu dinyatakan semasa kunjungan hormat delegasi Yayasan Hasanah yang diketuai oleh Pengerusinya, Tan Sri Mohd Nor Yusof diiringi bersama Pemegang Amanah, Datuk Amirul Wan Zahir ke atas Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Sehubungan itu, Siti memberitahu bahawa kehadiran mereka adalah untuk menyampaikan perkembangan terkini pelaksanaan projek di bawah yayasan tersebut yang bernaung di bawah Khazanah Nasional.

“Dalam Khazanah ACE² Heritage Textile Fellowship, ia turut dilaksanakan melalui kerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di Sarawak.

“Peserta ‘textile fellowship’ kini berada di Turki untuk mempelajari cara mempromosi hasil kerja artisan dari Sarawak yang mana ia mempunyai potensi besar untuk menembusi pasaran global,” katanya semasa ditemui pemberita selepas kunjungan tersebut.

Dalam pada itu, beliau berharap lebih banyak kerjasama bersama Kerajaan Sarawak terutamanya mengenai isu-isu yang memerlukan pemerhatian.

Tambahnya, ini termasuklah karbon, plastik, dan tenaga mampan yang berkaitan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira