ARTIKEL

Abang Johari (duduk dua kiri) dan Juma'ani (duduk dua kanan) bersama keluarga Wan Hamid (duduk kiri) pada kunjungan tersebut.

Ziarah Raya Premier di Sibu berakhir di kediaman Temenggong Wan Hamid Edruce

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Ziarah Raya Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, telah diakhiri di kediaman Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad, hari ini.

Premier serta rombongan tiba di kediaman Wan Hamid di Jalan Jasmine di sini pada jam 2.30 petang.

Kunjungan beliau diawalkan daripada jadual asal pada jam 4.30 petang bagi mengunjungi Wan Hamid.

Terdahulu pada jam 11.30 pagi, Abang Johari melakukan ziarah raya ke kediaman Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee, di Jalan Kangkong, sebelum beliau bergerak ke kediaman bekas Ahli Parlimen Igan, Datuk Seri Abdul Wahab Dolah, di Kampung Nangka pada jam 12.40 tengah hari.

Pada sebelah malam, Abang Johari dijadual mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, ke Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bahagian Sibu di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), pada jam 8 malam.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat