ARTIKEL

Joseph pesan rakan-rakan jangan leka, gandakan usaha

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEGALA-GALANYA berada dalam tangan Kuching FA sekarang ini.

Mereka hanya perlu mengatasi United Glory petang Selasa untuk menguasai carta Liga M3 buat pertama kali sejak sepak mula pada 16 Februari lalu.

Di atas kertas, Kuching berpeluang cerah untuk tampil sebagai pendahulu baharu, setelah dua pencabar utama, DDM dan Batu Dua gagal meraih mata penuh dalam aksi hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, tonggak Kuching FA, Joseph Kallang Tie memberi pesanan penting kepada rakan-rakan seperjuangan.

“Jangan leka dengan kemenangan lalu, ada banyak lagi yang perlu diperbaiki. Kita perlu berusaha lebih lagi.
“Bagaimanapun, tahniah buat semua pemain, pengurusan pasukan dan staf jurulatih,” katanya.

SEDIA GEMPUR… Tonggak Kuching FA, Joseph bersiap sedia untel merobek kubu Glory United di gelanggang lawan petang Selasa. Foto GHAZALI BUJANG

Joseph merupakan penjaring terbanyak Kuching FA sekarang ini dengan enam ledakan gol.

Tetapi baginya, tidak terlintas langsung untuk memburu gelaran Anugerah Kasut Emas (penjaring terbanyak kejohanan).

“Saya lebih mengutamakan sasaran pasukan, layak ke Liga Premier musim depan.

“Tiada sasaran untuk muncul sebagai penjaring terbanyak,” jelasnya.

Joseph adalah penyerang tunggal Kuching FA yang lebih banyak menghabiskan masa di bahagian atas, menunggu peluang untuk menghuru-harakan benteng lawan dan menjaringkan gol.

Nampaknya percaturan Ideris Untong menukar posisi Joseph, dari sayap kiri ke penyerang membuahkan hasil.
Malah Joseph sendiri sudah pun menguasai dan memahami fungsinya setelah agak janggal pada awal musim.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha