ARTIKEL

Penyokong Kitchee SC tiba di Kuching bagi menyokong pasukan menjelang aksi menentang Kuching City FC.

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kuching City FC (KCFC) di Stadium Taha Ariffin, malam ini.

Dikenali sebagai Ultras Bluewave, kehadiran mereka dijangka menyemarakkan suasana perlawanan Kumpulan H, sekali gus mencabar penyokong The Cats untuk mencipta sorakan lebih lantang bagi menyuntik semangat kepada pasukan tuan rumah.

Ketua Jurulatih Kitchee SC, Inigo Calderon sebelum ini menyifatkan sokongan penyokong mengikuti pasukan ke luar negara sebagai pengalaman istimewa buat pemain dan penyokong.

“Apabila anda mengikuti pasukan ke luar negara, ia sentiasa menjadi sesuatu yang istimewa dan pemain juga dapat merasakannya.

“Kami akan cuba memberikan persembahan terbaik dan sekiranya mampu mendapatkan sesuatu daripada perlawanan ini, sudah tentu ia akan menjadi sesuatu yang menggembirakan,” katanya.

KCFC membuka kempen Kumpulan H dengan kekalahan 1-2 kepada Phnom Penh Crown FC di Kemboja, manakala Kitchee SC seri tanpa jaringan dalam aksi pertama mereka.

Justeru, pertembungan malam ini bukan sahaja penting dalam usaha kedua-dua pasukan memperbaiki kedudukan kumpulan, malah bakal menyaksikan persaingan sorakan antara penyokong Sarawak dan Hong Kong di tempat duduk penonton.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan