ARTIKEL

Snowdan merakam gambar kenangan bersama para pemain pada Pertandingan Bola Sepak Terbuka Piala YB Datuk Snowdan Lawan 2026 di Kompleks Sukan Balai Ringin.

29 pasukan rebut Piala Snowdan, bakal jadi acara tahunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sambutan menggalakkan dengan penyertaan 29 pasukan mewarnai edisi sulung Pertandingan Bola Sepak Terbuka Piala YB Datuk Snowdan Lawan 2026 di Kompleks Sukan Balai Ringin.

Kejohanan bermula pada 13 September lalu dirasmikan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin.

Barisan jawatankuasa penganjur merakam gambar kenangan bersama Snowdan (tengah)

Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Balai Ringin (KSKBR), Mohd Idris Manap berkata, penyertaan tersebut membuktikan sambutan positif komuniti setempat terhadap penganjuran kejohanan berkenaan.

Katanya, pertandingan itu diharap dapat menyemarakkan aktiviti bola sepak di Balai Ringin, selain menyediakan platform kepada pemain tempatan untuk bersaing secara kompetitif.

Sebanyak tiga hingga empat perlawanan diadakan setiap Ahad sepanjang kejohanan yang dijadual berlangsung selama lapan minggu itu.

“Perlawanan akhir dijadual berlangsung pada 15 November ini, jam 3 petang,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Snowdan atas peruntukan kepada KSKBR dan Pemuda PRS N30 Balai Ringin bagi menjayakan kejohanan itu.

Peruntukan berkenaan membantu pihak penganjur menyediakan platform pertandingan yang lebih tersusun untuk pemain dan pasukan di kawasan itu.

Beliau berkata, terdapat kemungkinan hadiah pertandingan ditingkatkan pada edisi akan datang, selain hasrat menjadikan kejohanan itu sebagai acara tahunan.

Bagi edisi sulung itu, pasukan juara bakal menerima wang tunai RM3,000 berserta piala dan pingat, manakala naib juara menerima RM2,000 serta piala dan pingat.

Pasukan tempat ketiga pula akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta piala dan pingat.

BERITA LAIN

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai

BERITA TERBARU

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai