ARTIKEL

Gambar hiasan

Rogol kekasih bawah umur, remaja diperintahkan ke Sekolah Henry Gurney

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja lelaki diperintahkan ke Sekolah Henry Gurney sehingga berusia 21 tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana merogol kekasihnya bawah umur hingga hamil.

Hakim Iris Awen Jon memerintahkan demikian selepas pendengaran laporan sosial remaja berusia 19 tahun itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.

Terdahulu, pesalah muda itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa berusia 14 tahun 10 bulan.

Dia melakukan kesalahan itu dalam bilik tidur rumah di sebuah kampung di Batu Kawa, antara bulan September dan Oktober 2025.

Berdasarkan fakta kes, pada 7 April lepas, pengadu datang ke klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan.

Setelah diperiksa, pegawai perubatan mengesahkan pengadu hamil 23 minggu.

Doktor kemudian mengarahkan pengadu membuat laporan polis kerana dia mengandung di bawah umur.

Dia juga mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan kekasihnya secara sukarela.

Tertuduh kemudian ditangkap oleh pihak polis pada 8 April lalu di sebuah rumah di kampung terbabit.

Hasil siasatan mendedahkan pengadu dan tertuduh telah berkenalan dalam aplikasi TikTok lalu menjalinkan hubungan serta selalu keluar bersama.

Antara bulan September dan Oktober 2025, tertuduh telah membawa pengadu pulang ke rumahnya dan mengajak pengadu melakukan hubungan seks.

Pada awalnya, pengadu menolak ajakan tertuduh, tetapi kemudian dia bersetuju melakukannya kerana hendak memujuk tertuduh yang merajuk dengannya.

Pada bulan Januari lalu, pengadu menyedari dia telah lama tidak datang bulan, lalu membeli alat ujian kehamilan serta hasil ujian menunjukkan ia positif.

Pengadu memberitahu ibunya memgenai perkara tersebut sebelum dibawa ke klinik untuk pemeriksaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan