ARTIKEL

Wilfred Yap ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 pada persidangan DUN Sarawak di Kuching, hari ini.

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan (AI), aeroangkasa dan bioteknologi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap berkata, inisiatif itu bertujuan menarik dan mengekalkan profesional, penyelidik serta inovator bertaraf dunia bagi memperkukuh tenaga mahir dan menyokong pembangunan industri baharu di negeri ini.

Pelaburan besar dalam infrastruktur canggih, tenaga boleh baharu dan transformasi digital perlu disokong tenaga pakar yang berupaya mengendalikan serta memanfaatkan kemudahan berkenaan sepenuhnya.

“Namun, bangunan, pusat teknologi bandar dan projek mega tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya tanpa tenaga pakar yang sesuai untuk mengendalikannya,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Cadangan itu membabitkan pemberian taraf pemastautin tetap secara tersusun kepada individu yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang yang diperlukan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Sarawak.

Katanya, usaha menarik pakar antarabangsa itu bertujuan melengkapi pembangunan bakat tempatan dan mempercepat pemindahan ilmu kepada graduan negeri ini.

Beliau menjelaskan, cadangan berkenaan bukan bertujuan menggantikan tenaga mahir tempatan atau menjejaskan peluang pekerjaan rakyat Sarawak.

Pendekatan itu juga berpotensi membantu Sarawak membangunkan ekonomi bernilai tinggi dan bergaji tinggi, selain memperluas peluang kerjaya bertaraf dunia di negeri sendiri.

Beliau berkata, anak Sarawak seharusnya mempunyai peluang membina kerjaya berkualiti tanpa perlu meninggalkan Kuching atau Kota Sentosa untuk mencari pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan mereka.

Sehubungan itu, beliau menegaskan keperluan menangani jurang tenaga mahir secara serius supaya pelaburan dalam sektor strategik dapat diterjemahkan kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan kepakaran tempatan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha