ARTIKEL

Dr Simon (GHAZALI BUJANG)

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada berkata, kedudukan strategik kawasan itu membuka peluang memperluas aktiviti perniagaan dan mewujudkan pasaran baharu bagi usahawan tempatan.

Menurutnya, perkembangan pembangunan di Kalimantan turut membuka ruang kepada Tebedu untuk memainkan peranan lebih besar dalam hubungan ekonomi serantau.

“Kawasan N21 Tebedu mempunyai satu kelebihan strategik yang amat penting, iaitu kedudukannya di sempadan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia.

“Kedudukan ini membuka peluang kepada pembangunan perdagangan rentas sempadan, logistik, pelancongan, perniagaan kecil dan pemasaran hasil pertanian,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Potensi itu perlu disokong infrastruktur perdagangan yang bersesuaian, sistem pengurusan sempadan yang cekap serta kemudahan logistik bagi melancarkan urusan perniagaan antara kedua-dua wilayah.

Dasar yang menggalakkan penyertaan usahawan tempatan juga penting bagi memastikan penduduk setempat turut menikmati manfaat pembangunan ekonomi sempadan.

“Saya berharap Kerajaan Sarawak dan agensi berkaitan terus memberikan perhatian terhadap potensi pembangunan ekonomi sempadan Tebedu.

“Pembangunan ini boleh membuka peluang pekerjaan, meningkatkan aktiviti perniagaan dan mewujudkan pasaran baharu bagi hasil pertanian tempatan,” katanya.

Tebedu tidak seharusnya berfungsi sekadar sebagai laluan perdagangan, sebaliknya perlu berkembang sebagai pusat yang menjana peluang ekonomi dan meningkatkan kemakmuran penduduk setempat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha