ARTIKEL

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, pembangunan Sibu berisiko terbantut jika masyarakat dan pemimpin politik terus berpecah-belah akibat perbezaan fahaman serta kepentingan masing-masing.

Seluruh masyarakat Sibu perlu bersatu dalam matlamat memajukan bandar dan meningkatkan taraf hidup rakyat, meskipun mempunyai perbezaan politik.

Beliau mencadangkan majlis perundingan itu melibatkan wakil kerajaan, sektor swasta, dewan perniagaan, institusi pendidikan dan pihak berkepentingan lain bagi mengenal pasti keutamaan pembangunan, menyalurkan maklum balas serta menggerakkan penyertaan masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 dan Usul Merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menggesa usaha mendekati pelabur secara langsung dipergiat bagi memperkukuh kedudukan Sibu sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing dan diyakini.

Usaha itu perlu disokong penawaran peluang pelaburan yang jelas, pengukuhan keupayaan perniagaan tempatan serta penyediaan tenaga kerja berkemahiran.

Menurutnya, pembangunan SDZ tidak seharusnya tertumpu kepada pertumbuhan ekonomi semata-mata, sebaliknya perlu menjadi pemangkin transformasi Sibu menerusi pembangunan bersepadu dalam sektor pendidikan, pertanian, pelancongan, perumahan dan infrastruktur.

Sibu berpotensi diperkukuh sebagai pusat pendidikan serantau, hab pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian serta destinasi pelancongan berasaskan sungai dan kebudayaan.

Pada masa sama, potensi industri pembinaan kapal, pembuatan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu terus diperkukuh bagi meningkatkan daya saing ekonomi serta membuka lebih banyak peluang kepada penduduk tempatan.

Wong Soon Koh turut menekankan keperluan menangani isu pembaharuan bandar dan perumahan, termasuk cabaran pembangunan semula yang sekian lama dihadapi Sibu.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin politik, pihak berkuasa tempatan, dewan perniagaan, badan profesional, institusi pendidikan, pertubuhan masyarakat dan usahawan muda bekerjasama membentuk hala tuju pembangunan yang jelas serta memastikan manfaat SDZ dinikmati seluruh lapisan masyarakat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan