ARTIKEL

Hanya dua atau tiga unit meja dibenarkan untuk satu lot di Gerai Pantai Tanjung Batu : Rodziah Morshidi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Hanya penggunaan dua atau tiga buah meja sahaja dibenarkan untuk satu lot niaga di gerai Pantai Tanjung Batu.

Pengurus besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Rodziah Morshidi berkata pendekatan itu sebagai mengambil kira keperluan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi pihak terbabit termasuk memastikan penjarakan sosial satu meter antara pelanggan.

Pada masa yang sama, beliau berkata pihaknya juga sedang mengkaji lokasi bersesuaian di sekitar kawasan(Pantai Tanjung Batu) untuk mendirikan kanopi tambahan bagi menempatkan kerusi untuk kemudahan orang awam beriadah dan rekreasi.

Ini, katanya kerana Pantai Tanjung Batu amat popular dan dikunjungi ramai pengunjung terutama pada hujung minggu.

Bercakap pada sidang media pembukaan semula pasar awam dan pusat penjaja di Bintulu di Wisma Bintulu, semalam, Rodziah berkata berkuatkuasa 17 Jun ini, pihaknya akan membuka semula beberapa premis pasar awam dan pusat penjaja di sini semasa perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) selaras dengan arahan Kerajaan Negeri Sarawak.

Gerai Pantai Tanjung Batu yang menempatkan sejumlah 18 lot gerai akan mulai beroperasi pada 17 Jun ini dari jam 7 pagi hingga 6 petang.

Melainkan Pasar Ikan Lama Bintulu, pihak BDA turut membenarkan pembukaan semula Pasar Utama Bintulu, Pasar TAMU Bintulu, Tapak Niaga Assyakirin, Tapak Niaga Food Truck Tanjung Batu, Pasar Hujung Minggu, Jalan Tun Openg (Pantai ABF), Pusat Penjaja Local Centre Fair Choice, Pasar Sungai Plan, Perhentian 1 Malaysia, Pasar Medan Jaya, Pusat Penjaja Pasar Malam Bintulu, Pusat Penjaja Bandar Jaya dan Pusat Penjaja Pantai Muhibbah.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat