ARTIKEL

Aidil Sharin Sahak pada sidang media praperlawanan Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 di Kuching, hari ini.

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium Taha Ariffin, jam 8.15 malam esok.

Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak menegaskan pendekatan itu penting bagi memastikan anak buahnya memberikan komitmen maksimum ketika memburu kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan H, selepas tewas 1-2 kepada Phnom Penh Crown FC pada aksi pembukaan di Kemboja.

Aidil bersama-sama Dylan Wenzel-Halls pada sidang media
praperlawanan Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 di Kuching, hari ini.

“Kita tidak boleh mengawal keputusan, tetapi kita boleh mengawal persembahan dan sikap pemain. Ini gelanggang sendiri, jadi kita perlu memberikan yang terbaik dan meningkatkan tahap permainan,” katanya pada sidang media praperlawanan, hari ini.

Aidil berkata, aksi pertama The Cats di laman sendiri dalam saingan ACL2 membawa tanggungjawab besar, bukan sahaja untuk mendapatkan keputusan positif, malah membuktikan kemampuan kelab bersaing dengan pasukan berpengalaman di pentas Asia.

Menurutnya, Kitchee yang merupakan juara Liga Perdana Hong Kong memiliki barisan pemain berkualiti serta sistem permainan tersusun, sekali gus menjanjikan cabaran sengit buat Kuching City.

Mengulas prestasi penyerang Ajdin Mujagic yang meledak hatrik ketika membenam Kelantan City 4-1 untuk mara ke separuh akhir Piala FA, beliau mahu pemain itu terus meningkatkan prestasi.

“Saya bukan hanya menuntut lebih daripada Ajdin, tetapi semua pemain. Mereka profesional dan tahu kepentingan setiap perlawanan. Saya percaya mereka akan memberikan yang terbaik,” katanya.

Aidil turut menegaskan kepentingan sokongan penyokong yang sanggup datang dari seluruh Sarawak untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Taha Ariffin.

BERITA LAIN

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk

BERITA TERBARU