ARTIKEL

Jong Yee Khie layak ke Paralimpik Tokyo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lagi atlet kelahiran Sarawak, Jong Yee Khie bakal ke temasya Sukan Paralimpik Tokyo.

Kejayaan atlet kelahiran Kuching itu menambah keceriaan kem powerlifting negara selepas layak secara merit ke pentas kejohanan dunia itu.

Yhie Kee cemerlang menerusi kejayaan meraih pingat perak dengan angkatan terbaik (239kg) dalam kategori kegemarannya (107kg) pada Kejohanan Powerlifting Piala Dunia Fazza Edisi Ke-11 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Khamis lalu.

Sekali gus, mengiringi rakan seperjuangan, Bonnie Bunyau Gustin dalam pemburuan pingat buat negara.

“Cukup gembira sekali apabila beliau akhirnya berjaya layak ke Tokyo. Ia petanda positif untuk kita dalam usaha merintis percaturan ke arah pemburuan pingat dari acara powerlifting nanti,” ujar jurulatih powerlifting negara, Jamil Adam ketika dihubungi Arena Suara Sarawak.

Menurut Jamil, walaupun sekadar beroleh pingat perak pada saingan dua hari lepas namun memadai untuk menyaksikan anak didiknya melepasi syarat wajib ke Paralimpik Tokyo.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium