Pendapatan tukang urut terjejas

MIRI: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak Covid-19 memberi kesan kepada pelbagai sektor dalam negara terutama perniagaan urut dan refleksologi.

Keadaan semakin sukar sejak gelombang pertama Covid-19 pada tahun 2020 kerana terdapat larangan menyambung semula aktiviti sepanjang tempoh PKP sehingga kegusaran virus itu merebak.

Tidak diragukan lagi, bagi mereka yang berada dalam perniagaan yang melibatkan sentuhan, penjarakan fizikal menyukarkan mereka.

“Ini adalah masa yang suram bagi kami,” jelas seorang tukang urut tempatan, Asui Mulin 39 apabila ditemui di rumah sewanya di Desa Indah pad Rabu.

Asui dan isterinya Diana Lai, 32 tahun telah menyewa di tingkat pertama sebuah rumah kedai empat tahun lalu.

Kedua-dua mereka cacat penglihatan sukar memperoleh pendapatan sepanjang tempoh tersebut.

Mereka bekerja sebagai tukang urut buta dan tidak mempunyai sebarang pendapatan berikutan arahan penjarakan fizikal disebabkan pandemik Covid-19.

”Arahan PKP memaksa kami untuk berhenti mengambil pelanggan berikutan takut kepada penularan Covid-19, sejak itu kami menghadapi kesukaran kerana perlu membayar sewa bulanan,” katanya.

“Sepanjang PKP, kami tidak dapat membantu pelanggan ataupun menjalankan kerja fizikal,” kata Diana.

Mereka turut mendedahkan, kadang kala tidak dapat membayar sewa pada masanya kerana tiada pendapatan selepas PKP dilaksanakan.

“Nasib baik, pemilik bertimbang rasa dan dia memahami kepayahan kami,” kata Asui.

Sewa bulan untuk sebuah bilik sekitar RM700.

Pasangan tersebut bertuah kerana menerima elaun bulanan sejumlah RM450 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Sekurang-kurangnya kami dapat menggunakan wang tersebut untuk membeli makanan,” jelas Diana.

Diana dan Asui cacat penglihatan sejak remaja.

Diana cacat penglihatan kerana menghidapi glaukoma manakala Asui disebabkan oleh demam.