KUCHING: Fazzrudin Abdul Rahman dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) merangkul kemenangan besar di pertembungan tiga penjuru bagi kerusi Dun Tupong.
Beliau berjaya meraih 11,209 majoriti undi sekali gus mengekalkan status quo dengan menang undi sebanyak 12,544 pada pilihan raya kali ini di Dun Tupong.
Fazzruddin menewaskan saingan beliau dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nazib Johari yang memperoleh 1335 undi dan Parti Bumi Kenyalang (PBK), Chan Haong Yen yang hanya meraih 836 undi.
Terdahulu pada PRN-11, Dun Tupong hanya berdepan dengan saingan satu lawan satu yang dimenangi Fazzrudin Abdul Rahman dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti undi sebanyak 8055 menewaskan Nurhanim Hanna Mokhsen dari PKR yang memperoleh 2887 undi.


