ARTIKEL

Kredit: Gabungan Rakyat Sabah

Kudat julung kali jadi tuan rumah Konvensyen GRS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Kira-kira 3,000 peserta dan pemerhati dari 26 kawasan Parlimen di Sabah dan Labuan dijadual menghadiri Konvensyen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 2026 di Dewan Tun Mustapha, Kudat, Ahad ini.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, menyatakan Kudat dipilih buat julung-julung kali sebagai lokasi selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti supaya konvensyen tidak dipusatkan di ibu negeri semata-mata.

Menurut beliau, konvensyen itu menghimpunkan kepimpinan pusat dan pimpinan utama bahagian dalam satu platform bagi membincangkan pendekatan serampang dua mata.

Pendekatan itu menumpukan fokus dan strategi politik untuk memperkukuh kesiapsiagaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16, selain menilai kemajuan pembangunan rakyat dan negeri melalui Manifesto GRS serta agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya seperti dilapor Bernama.

Selain ucaptama Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, dan sesi perkongsian bersama enam Timbalan Pengerusi, Sekretariat Ibu Pejabat GRS turut menyediakan saluran dalam talian untuk kepimpinan akar umbi yang tidak dapat hadir secara fizikal.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat