ARTIKEL

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam.

Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Moiley Milin, menyatakan panggilan kecemasan melalui NG999 diterima pada 9.31 malam.

Susulan panggilan itu, 45 anggota bomba bergegas ke lokasi untuk memulakan operasi pemadaman.

Pasukan itu menggunakan air daripada tangki jentera, pili bomba berhampiran dan sumber air terbuka seperti parit, sekali gus berjaya menyelamatkan 300 buah rumah.

Punca kebakaran masih disiasat, manakala api merebak pantas kerana rumah yang rapat antara satu sama lain dan angin kuat, namun tiada mangsa dilaporkan dan operasi tamat pada 3.25 pagi seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kuching City buru kemenangan kelima di Brunei

KUCHING: Kuching City FC memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super 2026-2027 apabila bertandang ke Brunei menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah,