ARTIKEL

Supt Sharudin Abdul Wahab

Mayat bayi tanpa kepala dan satu tangan ditemui dalam longkang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA BERANG: Mayat seorang bayi tanpa kepala dan satu tangan ditemukan dalam longkang di kawasan perumahan Kampung Padang Setengge petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, menyatakan polis menerima aduan orang awam tentang penemuan itu pada pukul 6.52 petang.

Mayat tersebut dijumpai seorang wanita ketika dia membasuh pakaian di belakang rumahnya, menurut kenyataan polis semalam.

Susulan laporan itu, polis memanggil Unit Forensik D10 dan unit K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk membantu siasatan serta mengumpul bukti di lokasi.

Polis belum dapat mengenal pasti jantina dan kewarganegaraan bayi itu, manakala mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU