ARTIKEL

Gambar hiasan

24 kawasan catat IPU tidak sihat, Pasir Gudang tertinggi 196

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 kawasan di seluruh negara mencatat Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 196.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan lain di Johor turut tidak sihat, termasuk Larkin (177), Pengerang (174), Kota Tinggi (172), Batu Pahat (170), Tangkak (168) dan Segamat (161).

Di Negeri Sembilan, bacaan IPU di Nilai ialah 173, Seremban (172) dan Port Dickson (157), manakala Selangor mencatat bacaan di Klang (171), Johan Setia (170), Petaling Jaya serta Shah Alam masing-masing 169, dan Banting (153).

Bacaan tidak sihat turut direkodkan di Bandaraya Melaka (169), Bukit Rambai (166), Alor Gajah (165), Cheras (162), Batu Muda (159) dan Putrajaya (162), selain Sandakan (156), Tawau (150) dan Kluang, Johor (159).

Sebanyak 43 kawasan mencatat IPU sederhana dan satu kawasan baik, dengan bacaan 0 hingga 50 baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya seperti lapor Bernama.

BERITA LAIN

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat