ARTIKEL

Lelaki dijatuhi hukuman gara-gara langgar pekerja bengkel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki berusia 26 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atau denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan melanggar pekerja bengkel menggunakan sebuah kereta pada Oktober lepas.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman terhadap Mazrie Sulaiman, 26, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapannya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja mencederakan Mohd Adry Nazrin Hipni, 21, dengan melanggar menggunakan sebuah kereta.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Endap, Kota Samarahan melakukan perbuatan tersebut di sebuah bengkel di Jalan Sultan Tengah di sini, sekitar jam 3.30 petang, 28 Oktober lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana hukuman berkaitan.

Menurut fakta kes, semasa mangsa yang merupakan mekanik mengambil peralatan untuk membaiki sebuah kereta pelanggan, tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu tertuduh datang lalu melanggar mangsa dari arah hadapan.

Akibat pelanggaran itu, mangsa jatuh cuba untuk bangun semula, namun tertuduh bertindak mengundurkan kereta lalu melanggar semula mangsa hingga terkena bahagian perut.

Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian lengan kiri dan hadapan perut membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Tertuduh berjaya ditangkap oleh pihak polis di Jalan Wan Abdul Rahman 2, Simpang Tiga kira-kira jam 4.35 petang, 2 November lepas.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah datang ke bengkel untuk mendapatkan satu geran kereta yang telah dijual menjadi besi buruk daripada pemilik bengkel.

Semasa proses mendapatkan geran berkenaan tertuduh dimaklumkan bahawa geran tersebut telah dibakar hingga menyebabkan dia marah lalu bertindak melanggar mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road