ARTIKEL

RAKAM KENANGAN… Toh Puan Fauziah merakam kenangan bersama yang lain dalam Program Kebajikan MAKSAK Wanita Sarawak sempena Sambutan Perayaan Hari Natal 2025, hari ini. (FOTO: ASTANA SARAWAK)

100 pelajar terima Sumbangan Ikhlas Hari Natal 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 100 pelajar daripada 11 sekolah menerima Sumbangan Ikhlas Hari Natal 2025 yang disampaikan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dalam Program Kebajikan MAKSAK Wanita Sarawak sempena Sambutan Perayaan Hari Natal 2025 di Dewan Serbaguna Kompleks Satria Pertiwi Sarawak, hari ini.

Antara sekolah yang terlibat ialah St. Thomas, St. Mary, Sekolah Kebangsaan (SK) Tabuan, SK Astana, SK Bandar Samariang, SK Semerah Padi, SK Muara Tuang, SK Jagoi Bau, SK Muara Tebas, SJKC Chung Hua Bau dan SJKC Chung Hua Sungai Buda.

Majlis turut diserikan dengan persembahan Krismas oleh murid dari SK Muara Tuang dan SK Muara Tebas.

Sehubungan itu, Toh Puan Fauziah menzahirkan harapan agar sumbangan tersebut bukan sahaja membantu meringankan beban keluarga penerima tetapi membawa kegembiraan kepada mereka.

Penerima juga diharap dapat memupuk semangat perpaduan keprihatinan dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum menjelang sambutan Hari Natal.

Dalam pada itu, beliau berharap MAKSAK Wanita Sarawak terus menjadi platform yang utuh dalam memperkasa agenda kebajikan demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak, Datin Amar Baduyah Bujang merakamkan penghargaan atas komitmen dan sokongan penuh yang diberikan oleh Toh Puan Fauziah dalam memperkukuh agenda kebajikan MAKSAK Wanita Sarawak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira