ARTIKEL

TAHAN…Antara yang ditahan positif dadah dalam Operasi Bersepadu di Jalan Serian–Sri Aman serta Jalan Kuching–Serian, semalam.

103 Notis Pelbagai Kesalahan Dikeluarkan Dalam Operasi Bersepadu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Pemeriksaan ke atas 238 kenderaan dalam Operasi Bersepadu di Jalan Serian–Sri Aman serta Jalan Kuching–Serian, semalam membawa kepada pengeluaran 103 notis atas pelbagai kesalahan selain mengesan lapan individu positif dadah.

Menurut jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, operasi itu diselaraskan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebagai usaha memperkukuh penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

“Sebanyak 238 kenderaan pelbagai jenis diperiksa sepanjang operasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah JPJ, hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya.

Katanya, ia termasuk penggunaan lampu HID dan LED yang tidak mematuhi spesifikasi, membawa muatan melebihi had dibenarkan, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tidak memiliki lesen memandu atau perlindungan insurans serta melanggar syarat permit.

“Pemeriksaan turut mengesan beberapa kesalahan teknikal lain membabitkan kenderaan yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

“Dalam operasi sama, AADK menjalankan ujian saringan air kencing terhadap individu yang diperiksa dan mengesan enam individu positif dadah.

“Daripada jumlah itu, masing-masing dua kes membabitkan penyalahgunaan ganja, ketum dan methamphetamine,” jelasnya.

Bahagian Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengesan dua lagi individu positif dadah, masing-masing melibatkan methamphetamine dan amphetamine.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengesan sebarang kesalahan berkaitan imigresen sepanjang operasi berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU