ARTIKEL

Hanifah menyerahkan bakul makanan kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut.

1,060 Bakul Makanan Disalur, Penduduk Terjejas Banjir Diingatkan Jaga Kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Penduduk yang terjejas akibat banjir dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan sepanjang tempoh bencana tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, langkah itu penting bagi memastikan tahap kesihatan penduduk sentiasa terpelihara.

“Pastikan air yang diminum telah dimasak atau menggunakan air berbotol serta mengambil makanan yang dimasak dengan sempurna.

“Sekiranya mengalami sebarang masalah kesihatan, segera dapatkan rawatan,” katanya.

Bakul makanan yang diagihkan kepada penerima dalam majlis itu.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bantuan Bakul Makanan kepada kawasan terjejas akibat banjir di Dewan Engkerbai, di sini, hari ini.

Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah turut menasihatkan penduduk di kawasan terlibat agar sentiasa berwaspada serta mengutamakan aspek keselamatan sepanjang tempoh bencana.

Dalam pada itu, beliau berharap bantuan bakul makanan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Mukah dapat meringankan beban penduduk yang terjejas.

Sebanyak 1,060 bakul makanan diagihkan kepada 19 rumah panjang, dua sekolah dan sebuah klinik dalam penyerahan tersebut.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Tellian Royston Valentine, Peleadzman Ahip selaku Pegawai Daerah Mukah dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah, Dariel Thiong Yiew Seng.

Hanifah dan Royston merakam kenangan bersama yang lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU