ARTIKEL

Zahariah bersama ahli panel dan peserta ICDSME 2025 selepas tamat persidangan.

107 Empangan Hadapi Perubahan Iklim, Komitmen Keselamatan Diperkukuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Malaysia menegaskan komitmen berterusan untuk memperkukuh keselamatan empangan di seluruh negara bagi menghadapi cabaran perubahan iklim serta penuaan struktur sedia ada.

Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Mad Zaidi Mohd Karli berkata, empangan bukan sekadar struktur kejuruteraan sebaliknya memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat serta kestabilan ekonomi negara.

“Empangan bukan hanya infrastruktur fizikal — ia menjadi nadi yang menyokong kehidupan dengan menjamin sumber air, memacu peralihan tenaga, menyokong pertanian dan mengurangkan risiko banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Air dan Pembentungan, Zahariah Mohd Sarif semasa majlis penutupan Persidangan Antarabangsa mengenai Pengurusan dan Kejuruteraan Keselamatan Empangan (ICDSME) 2025 di sebuah hotel, di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 107 empangan di seluruh Malaysia kini menanggung tanggungjawab besar dalam menjamin keselamatan dan ketahanan.

“Usaha berterusan untuk berinovasi dan menyesuaikan strategi pengurusan empangan amat penting bagi memastikan sistem ini kekal relevan, selamat dan berdaya tahan.

“Idea dan solusi yang dikongsi sepanjang persidangan ini menjadi panduan berharga dalam memperkukuh teknologi, meningkatkan tadbir urus keselamatan dan merancang masa depan yang lebih selamat untuk rakyat,” katanya.

Datuk Mad Zaidi turut menekankan bahawa, kesedaran dan amalan keselamatan empangan perlu terus dipertingkat melalui pelaksanaan pelan tindakan kecemasan yang dikemas kini serta tadbir urus berasaskan teknologi pintar.

Dalam ucapannya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada International Commission on Large Dams (ICOLD) yang diketuai Presiden Dr Devendra Kumar Sharma, atas kepimpinan global dalam menetapkan piawaian keselamatan empangan dan kecemerlangan profesional di seluruh dunia.

“Malaysia berharap dapat memperkukuh kerjasama dengan ICOLD dalam pembangunan kapasiti, perkongsian ilmu dan pertukaran teknologi demi meningkatkan keselamatan empangan negara,” jelasnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Jawatankuasa Kebangsaan Empangan Besar Malaysia (MyCOLD) atas kejayaan menganjurkan ICDSME 2025 yang disifatkan sebagai platform penting menyatukan komuniti empangan serantau dan antarabangsa.

“Kejayaan persidangan ini membuktikan semangat kerjasama tinggi antara pemain industri, penyelidik dan jurutera profesional dalam memastikan empangan terus diurus dengan selamat, cekap dan berdaya tahan,” katanya.

“Semoga jaringan kerjasama yang terbina di sini berkembang menjadi hubungan berpanjangan yang memperkukuh keselamatan empangan di seluruh dunia,” katanya.

ICDSME 2025 anjuran MyCOLD dengan kerjasama ICOLD menghimpunkan lebih 300 pemain industri, penyelidik dan pembuat dasar dari dalam serta luar negara bagi membincangkan masa depan pengurusan empangan dalam era perubahan iklim.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat