ARTIKEL

Dr. Les Met (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada pelajar cemerlang STPM 2025. (RAMIDI SUBARI)

115 Calon STPM Catat Keputusan Cemerlang PNGK 4.00 Di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pencapaian keseluruhan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 bagi Sarawak menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) negeri sebanyak 2.75.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata, keputusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.07 mata berbanding keputusan 2024 yang mencatatkan nilai 2.68.

“Lonjakan kualiti keputusan ini dapat dilihat dengan jelas melalui pertambahan bilangan calon yang berjaya mendapat keputusan cemerlang.

“Seramai 115 calon bersamaan 2.19 peratus berjaya memperoleh keputusan PNGK sempurna iaitu 4.00. Jumlah tersebut memperlihatkan peningkatan sebanyak 23 calon berbanding hanya 92 pada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) Dr Les Met, pada majlis Pengumuman Keputusan STPM di SMK Tun Abang Haji Openg di sini, hari ini.

Ujarnya, secara keseluruhannya, peratusan calon STPM 2025 pada tahap PNGK 3.75, 3.00, 2.75, dan 2.00 juga menunjukkan trend peningkatan yang konsisten di seluruh negeri.

Menjelas lanjut, peratusan calon di Sarawak yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran juga meningkat kepada 98.71 peratus, sekali gus mempamerkan peningkatan sebanyak 0.55 peratus berbanding prestasi tahun lalu.

“Kejayaan ini turut disokong oleh prestasi institusi pendidikan, sebanyak 14 buah sekolah mencapai keputusan yang sangat memberangsangkan dengan merekodkan PNGK 3.00 dan ke atas.

“Pada masa yang sama, sebanyak 52 buah sekolah daripada keseluruhan 79 buah sekolah di Sarawak mempamerkan peningkatan dalam pencapaian PNGK masing-masing berbanding tahun 2024,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU