Trending

12 keluarga hilang tempat tinggal rumah terbakar 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Api sedang marak memusnahkan blok rumah sewa dua tingkat di Jalan Sibiyu awal pagi tadi

BINTULU: Sebanyak 12 keluarga hilang tempat berteduh selepas dua blok rumah sewa yang didiami mereka di Jalan Sibiyu di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad,  pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.38 pagi.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan telah memusnahkan satu blok unit rumah dua tingkat termasuk satu lagi blok rumah satu tingkat yang mempunyai 20 pintu.

“Pasukan bomba, kemudiannya meneruskan usaha memadamkan kebakaran dan berjaya mengawal keadaan pada jam 3 pagi, diikuti dengan operasi baik pulih bagi memastikan tiada punca pencucuhan ditinggalkan,”katanya.

Seramai 60 individu terjejas akibat kejadian itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan nilai kerugian sedang dalam siasatan.

Api sedang marak memusnahkan blok rumah sewa dua tingkat di Jalan Sibiyu awal pagi tadi

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru