ARTIKEL

12 maut akibat hujan lebat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEKURANG-KURANGNYA 12 orang maut manakala lima yang lain cedera selepas hujan lebat melanda Abidjan, Ivory Coast, menurut pihak berkuasa tempatan pada Isnin, lapor Xinhua. Hujan lebat yang bermula pada Ahad mencetuskan tanah runtuh dan banjir di beberapa komun di bandar terbesar negara itu.

Menurut penilaian awal Kumpulan Bomba Tentera, seramai 12 mangsa ditemukan maut tertimbus di bawah runtuhan rumah mereka di kawasan kejiranan Mossikro yang terletak di antara komun Yopougon dan Attecoube. Lima mangsa yang cedera dibawa ke kemudahan perubatan untuk menerima rawatan.

Pasukan penyelamat meneruskan pencarian pada Isnin untuk mengesan sekiranya terdapat mangsa lain. Sehingga tengah hari Isnin, beberapa kawasan kejiranan di bandar itu masih ditenggelami banjir sebahagiannya, manakala jalan-jalan utama tidak dapat dilalui akibat paras air yang semakin meningkat. Komun Cocody, Yopougon, Abobo, Treichville, Marcory dan Bingerville merupakan antara kawasan yang paling terjejas, menurut pegawai penyelamat dan keselamatan. – Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

BERITA TERBARU