BINTULU: Kira-kira 120 penghuni kehilangan tempat tinggal selepas Rumah Panjang James Kalip sepanjang 20 pintu yang terletak di Sungai Semanok di Jalan Pesisir Jepak –Kuala Tatau, musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal tengah hari tadi (Isnin).
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 11.41 pagi. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau segera dikerahkan ke lokasi kejadian, kira-kira 29 kilometer dari balai, dengan bantuan daripada Balai Bomba Bintulu.
“Sebaik tiba pada jam 12.05 tengah hari, komander operasi melaporkan rumah panjang tersebut terbakar sepenuhnya dan musnah 100 peratus,” ujarnya.
Operasi pemadaman dijalankan menggunakan pam jentera bomba serta sumber air terbuka berhampiran, termasuk parit. Beberapa kenderaan juga dilaporkan musnah dalam kebakaran itu.
Sehingga berita ini dilaporkan, usaha pemadaman masih giat dijalankan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, manakala punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Tuai Rumah James Kalip ketika ditemui berkata, insiden malang itu disedari oleh kaum wanita rumah panjang yang ketika itu sedang menghadiri perjumpaan bersama pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Beliau berkata, api dipercayai bermula dari sebuah bilik di bahagian tengah rumah panjang.
Beliau menzahirkan rasa syukur kerana kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan atau kehilangan nyawa, walaupun rumah panjang itu musnah sepenuhnya.

JIM Sarawak serbu lapan lokasi, tahan 74 warga asing
KUCHING: Seramai 74 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak selepas pemeriksaan di lapan lokasi sekitar Kuching menerusi Ops Mahir dan Ops Sapu yang

