ARTIKEL

Abdul Karim ketika berucap sebelum pelancaran Sukan Borneo. (FOTO GHAZALI BUJANG)

125 pingat jadi rebutan di Sukan Borneo 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBANYAK 125 pingat bakal menjadi rebutan atlet dari Sarawak, Sabah, Brunei, Kalimantan Timur dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang lima hari penganjuran Sukan Borneo 2025 yang membuka tirai dengan penuh warna-warni.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata temasya ini tampil unik kerana bukan sahaja mempertandingkan lima acara teras iaitu olahraga, akuatik, badminton, lawn bowl dan memanah, malah turut menyelitkan sukan tradisional.

“Kalau kita bandingkan dengan Sukan SEA yang mempertandingkan sekurang-kurangnya 36 acara, Sukan Borneo memilih lima sebagai sukan teras.

“Apa yang istimewa, kita tampilkan acara tradisional seperti menyumpit dan tarik tali yang menjadi lambang identiti serta kekuatan masyarakat Borneo sejak turun-temurun,” katanya ketika berucap sebelum melancarkan Sukan Borneo 2025 di Stadium Perpaduan di sini, hari ini.

Menurut beliau, penganjuran sukan warisan itu bukan sekadar mengisi jadual pertandingan, tetapi usaha memartabatkan tradisi nenek moyang agar terus dikenali dan dihargai.

“Apabila kita pertandingkan acara seperti menyumpit, ia bukan sekadar hiburan atau demonstrasi, tetapi satu simbol ketepatan, kesabaran dan kemahiran yang diwarisi.

“Tarik tali pula bukan sahaja menguji kekuatan, tetapi juga menonjolkan semangat setiakawan dan kesatuan,” jelasnya.

Karim menambah, temasya ini turut membuka peluang kepada atlet dari luar Sarawak untuk merasai pengalaman menggunakan fasiliti bertaraf dunia yang terdapat di negeri ini.

“Ini peluang terbaik untuk mereka, dan secara tidak langsung mengangkat lagi nama Borneo sebagai hab pembangunan sukan di rantau ini,” katanya.

Beliau optimis Sukan Borneo mampu menjadi medan pencungkil bakat baharu bukan sahaja dalam sukan moden tetapi juga tradisional yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

“Saya percaya, apabila anak-anak muda kita mula menguasai kedua-dua bidang ini, mereka bukan sahaja akan berjaya sebagai atlet tetapi juga menjadi duta warisan kita di mata dunia,” ujarnya.

Selain mempertemukan atlet serumpun, Sukan Borneo turut menjadi wahana menyatupadukan masyarakat melalui sukan, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan.

“Temasya ini adalah cerminan bahawa sukan bukan hanya mengenai pingat, tetapi juga mengenai identiti, warisan dan kebanggaan bersama,” tegas Karim.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha