ARTIKEL

Gambar fail banjir

1,270 Mangsa Terima Bantuan Bencana di PPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di seluruh Sarawak setakat jam 6 petang tadi bagi menempatkan 1,270 mangsa daripada 326 keluarga susulan bencana banjir dan kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan bahawa trend pemindahan mangsa ke pusat perlindungan dilaporkan terus menunjukkan peningkatan.

‘’Di Kuching, PPS Dewan Rakyat Piang, Kampung Sinar Budi Baru menempatkan 208 mangsa, diikuti SJK Chung Hua Batu Kawah (211 mangsa) dan SJK Chung Hua Sungai Tengah (181 mangsa).

‘’PPS lain yang turut beroperasi termasuk Dewan Masyarakat Stapok melibatkan 135 mangsa, Dewan Serbaguna Taman Malihah (142 mangsa), Surau Ar-Rahman, Kampung Sungai Batu (52 mangsa), Surau Nurul Najhin Stapok (56 mangsa) dan Masjid Darul Istiqlaal (92 mangsa),’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, jurucakap tersebut menambah bahawa di Samarahan, PPS Dewan Suarah Kota Samarahan menampung seramai 23 mangsa. Manakala di Lawas, PPS Dewan Masyarakat Trusan dan SJKC Chung Hwa masing-masing merekodkan kehadiran 89 serta 77 mangsa.

Menurut beliau, satu lagi PPS khusus bagi mangsa insiden tanah runtuh kini beroperasi di Miri iaitu di Dewan Bulan Sabit Merah yang menempatkan empat mangsa setakat ini.

‘’Operasi pemindahan dan penyaluran bantuan masih diteruskan mengikut keperluan semasa.

‘’Semua mangsa di PPS dibekalkan dengan barangan keperluan asas dan bantuan sewajarnya, manakala pihak berkuasa akan terus memantau keadaan bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara,’’ katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan