ARTIKEL

1,395 penduduk Dun Daro terima bantuan makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Lebih 1,395 penduduk di 23 rumah panjang dari 465 pintu rumah panjang di kawasan Dun Daro menerima bantuan makanan asas.

Adun Daro Safiee Ahmad berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban penduduk rumah panjang yang terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Sebahagian penduduk terbabit katanya, tidak boleh ke bandar untuk mendapatkan barangan keperluan berikutan ekspres dan bot menghentikan operasi masingmasing. “Bantuan ini tertakluk kepada keadaan. “Walaupun sedikit, saya berharap sumbangan ini meringankan beban mereka.

Insya-Allah, semua penduduk Daro yang terkesan akan dibantu sewajarnya secara berperingkat-peringkat,” ujarnya. Beliau berkata, sumbangan itu membuktikan keprihatian kerajaan terhadap mereka yang memerlukan khususnya ketika negara berdepa wabak Covid 19.

Ujarnya, kerajaan turut merasai bebanan yang ditanggung oleh rakyat ketika ini dan, sentiasa berusaha menghulurkan bantuan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira sempadan politik, kaum mahupun latar belakang.

“Saya berharap seluruh masyarakat mematuhi arahan PKP demi keselamatan diri dan keluarga masing-masing. “Bantulah kerajaan untuk membantu diri kita sendiri.

“Pada masa sama, saya mewakili seluruh warga Daro merakamkan penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka di barisan hadapan. Terima kasih atas sumbangan kalian,” katanya.

Safiee berharap, penduduk di kawasannya supaya sentiasa mematuhi SOP yang diarah KKM dan disiplinkan supaya dapat memutuskan rantaian Covid-19.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium