ARTIKEL

LANCAR... Chang Lih Kang (tiga kanan) melancarkan Minggu Sains Negara 2025 di Dewan Jubli UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan.

14 sekolah pedalaman Sarawak terpilih jalani Kembara Sains Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 14 buah sekolah pedalaman di Sarawak terpilih dalam Kembara Sains Borneo yang dianjurkan sempena Program Minggu Sains Negara (MSN) 2025.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata, program terbabit meliputi 30 buah sekolah secara keseluruhan di Sarawak dan Sabah.

“14 buah sekolah di Sarawak, 16 buah di Sabah dan kita jangka program ini akan memanfaatkan sekitar 30,000 pelajar,” katanya.

Beliau mengulas program terbabit selepas ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Program Minggu Sains Negara 2025 di Dewan Jubli UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan pada Ahad (4 Mei).

Menurutnya, inisiatif itu sebagai salah satu usaha mempertingkatkan minat sains dan teknologi dalam kalangan anak-anak di kawasan luar bandar.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan inisiatif ini akan dijalankan hingga hujung tahun dan dijangka mengambil masa kira-kira enam bulan untuk menyelesaikannya.

Sementara itu, Pengarah Program, Mohammad Fuad berkata, Sarawak menjadi negeri pemula penganjuran program tersebut.

Katanya, pemilihan Sarawak selaku negeri pemula Minggu Sains Negara 2025 mengambil kira kejayaan Bumi Kenyalang dalam memperkenalkan pembangunan berteraskan teknologi dan pemerkasaan sumber alam semula jadi dimiliki Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU