ARTIKEL

Dari kiri, Niny Ryer, Tesy, Madeline, Umi Hamdiah dan Hairol Nizam

150 peserta terlibat dalam perbincangan hala tuju Taman Geo Delta Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Satu platform untuk perkongsian antara agensi bagi membincangkan hala tuju dan cadangan penyelidikan dan pembangunan Taman Geo Delta Sarawak (SDGp) dilaksanakan melalui Seminar Ekspedisi Sarawak Delta Geopark bertempat di Waterfront Hotel di sini, semalam.

Pengarah Hutan Sarawak selaku Pengurus Sarawak Delta Geopark dan Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Kerja Warisan dan Pemuliharaan Saintifik Datuk Hamden Mohammad berkata, seminar yang berlangsung selama dua hari sejak kelmairn hingga hari ini (18 Julai) melibatkan seramai 150 orang peserta dari pelbagai agensi tempatan.

Madeline George Pau, wakil kepada Pengarah Hutan Sarawak memberikan ucapan ketika seminar SDGp.

“Penganjuran seminar ekspedisi ini adalah susulan daripada penganjuran ekspedisi Sarawak Delta Geopark yang telah diadakan pada 20 hingga 26 Mac tahun lepas.

“Ini kerana, Pelaksanaan Program Penyelidikan merupakan salah satu komponen dibawah Projek Pembangunan Persekutuan RM ke-12 bagi penyelidikan dan pembangunan SDGp dalam bidang geologi, biologi, penglibatan komuniti serta geotourism,”jelasnya.

Menjelas lanjut, objektif Seminar SSGp ini adalah untuk perkongsian penemuan kajian lapangan oleh pelbagai agensi yang terlibat dalam Ekspedisi Sarawak Delta Geopark 2023.

“Selain itu, ia juga untuk meningkatkan jalinan kerjasama dan peranan pelbagai agensi dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

“Seterusnya untuk menggalakkan penglibatan pelbagai agensi berkepentingan dan komuniti SDGp bagi mengukuhkan pengurusan bersama dan meningkatkan keupayaan kumpulan kerja dalam perancangan program dan pelaksanaan aktiviti yang merangkumi warisan alam semula jadi (geologi), biodiversiti, sejarah dan budaya,”ujarnya.

Beliau turut berkata, SDGp sedang giat membuat persediaan untuk Pencalonan sebagai UNESCO Global Geopark menjelang tahun 2026.

“Oleh itu, ekspedisi dan penganjuran seminar ini merupakan usaha yang penting dalam mendokumenkan warisan geologi, biologi dan budaya yang terdapat di dalam kawasan SDGp.

“Bagi mencapai status Geopark Global UNESCO, kami memerlukan usaha yang berterusan dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak untuk bersamasama memlihara dan memajukan SDGp,”katanya lagi.

Untuk rekod, seminar ini merupakan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak dengan Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Sarawak Forestry Corporation, Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Jabatan Muzium Sarawak, Pejabat Residen Bahagian Kuching dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sarawak.

Gambar kenangan beramai-ramai

BERITA LAIN

BERITA TERBARU