ARTIKEL

16 atlet e-sukan taruhan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERSATUAN Sukan Elektronik Sarawak (SESA) akan mempertaruhkan 16 orang atlet terbaik untuk bersaing dalam Sukan Malaysia (Sukma) Johor tahun depan.

Ia sekali gus, memburu misi meraih pingat dalam temasya sukan berprestij negara.

Presiden SESA, Afiq Fadhli Narawi memberitahu, mereka akan berentap dalam tiga kategori.

“Kategori Mobile Legend dan Dota 2 masing-masing menyenaraikan enam orang atlet.

“Manakala lapan atlet akan bersaing dalam kategori Pro Evolution Soccer (PES),” ujarnya.

Menurut Afiq, mereka masih dalam proses membentuk pasukan dengan kelompok atlet yang sudah pun dikenal pasti.

“Kami juga mengenal pasti atlet baharu yang berpotensi dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan sekarang ini,” ujar Afiq kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil menyatakan senarai muktamad 16 orang atlet terbabit akan diketahui penghujung tahun ini.

Afiq turut menambah, sasaran pihaknya adalah untuk melihat satu pingat emas melalui kategori Pro Evolution Soccer.

“Kami juga cuba untuk meraih satu lagi pingat tanpa mengira warna sama ada menerusi kategori Mobile Legend atau Dota 2.

“Harapan kita ialah segala perancangan berjalan lancar bagi mencapai misi,” jelas Afiq.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira