ARTIKEL

SIMBOLIK... Azizul Annuar Adenan (tengah) menyepak bola sebagai simbolik perasmian Liga Lundu 2026. | FOTO FAIZAL BUJANG

16 pasukan berentap dalam Liga Lundu 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Kempen Liga Lundu 2026 disingkap tirainya hari ini dan menyaksikan 16 pasukan berentap untuk memburu gelaran juara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, pasukan bertanding mewakili pelbagai kelab dari dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N.1 Opar dan N.3 Tanjong Datu.

“Himpunan pasukan terbabit menyaksikan lapan daripadanya mewakili kawasan DUN N.1 Opar dan lapan pasukan dari DUN N.3 Tanjong Datu,” ujar Azizul.

ADA GAYA… Billy Sujang (tengah) dengan gaya tersendiri melakukan sepakan. | FOTO FAIZAL BUJANG

Sebentar tadi berlangsung majlis perasmian Liga Lundu 2026 yang telah disempurnakan oleh beliau bersama ADUN N.1 Opar, Billy Sujang di Kompleks Sukan Lundu.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lundu, Zulkarnain Ismail, dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Abang Draup.

Beliau memberitahu, pasukan yang terlibat pada liga kali ini ialah STP FC, Rayu Ville FC, Kesuka FC, dan Belia Sileng bagi Kumpulan A.

UNTUK KENANGAN… Haji Azizul Annuar Adenan dan Billy Anak Sujang (tengah) bergambar bersama pemain. | FOTO FAIZAL BUJANG

Selain itu, Sealion FT, Sampadi FC, Maksak FC, dan Rambungan FC bagi Kumpulan B.

Turut bertanding ialah Team Pembangunan N.1 Opar, Fadzio FT, AW1902, dan Seabird FT bagi Kumpulan C.

Bagi Kumpulan D pula, ia melibatkan Batang Kayan United, Horis FC, Volcano, dan Bajo Mix FC.

Menurut Azizul, kejohanan terbabit menggunakan format liga kumpulan untuk peringkat awal dan dua pasukan terbaik layak secara automatik ke suku akhir.

Katanya, Kompleks Sukan Lundu dan Padang Bola Sepak Kampung Sebat merupakan gelanggang rasmi yang digunakan sepanjang berlangsungnya liga kali ini.

Beliau menambah, hadiah wang tunai keseluruhan RM9,700 disediakan untuk saingan kali ini.

Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM5,000, piala, dan pingat.

Naib juara pula akan menerima wang tunai RM3,000, piala, dan pingat.

“Tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang tunai RM1,000 dan RM700 selain piala dan pingat,” katanya.

Kejohanan ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN N.1 Opar, Pusat Khidmat ADUN N.3 Tanjong Datu, Pejabat Daerah Lundu, Pejabat Daerah Kecil Sematan, dan menerusi sokongan LSC Sdn. Bhd.

Penganjuran semula Liga Lundu 2026 ini diadakan selepas tujuh tahun tidak dilangsungkan dan ia dijangka sengit.

Kali terakhir Liga Lundu dianjurkan pada 2019 sebelum terhenti ekoran musibah pandemik Covid-19.

Objektif penganjuran Liga Lundu 2026 adalah sebagai platform untuk mencungkil bakat baharu, terutama dari dua kawasan DUN berkenaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira