ARTIKEL

Gambar hiasan PPS

1,658 Mangsa Dihambat Banjir dan Tanah Runtuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 1,658 mangsa daripada 511 keluarga yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Sarawak sedang berlindung di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 3 petang tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, enam PPS beroperasi di Serian yang menempatkan 1,572 mangsa daripada 511 keluarga.

“Antara PPS yang beroperasi ialah Dewan Ranchan dengan 45 keluarga (113 mangsa), Dewan Masyarakat Serian dengan 91 keluarga (311 mangsa) dan SK Tanah Putih dengan 131 keluarga (448 mangsa).

“SK Pangkalan Sorah pula telah ditutup pada 2 petang tadi, 13 Januari 2026,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Sekretariat menambah, sebuah PPS telah dibuka di Sibu iaitu di SMK Bukit Assek yang menempatkan enam mangsa daripada sebuah keluarga.

Di Bintulu, Dewan Suarah Bintulu menempatkan 262 mangsa daripada 84 keluarga. Manakala di Sebauh, PPS Balai Raya Sebauh menempatkan 49 mangsa dan Dewan Sri Kemena, SMK Sebauh menempatkan 189 mangsa.

“Bagi kes tanah runtuh, sebuah PPS dibuka di Kampung Krusen Kranji, Serian bagi menempatkan 28 mangsa daripada lima keluarga.

“Secara keseluruhan, 10 PPS sedang beroperasi melibatkan 511 keluarga dengan 1,658 mangsa. Trend pemindahan mangsa dilaporkan menurun berbanding hari sebelumnya.

“Pemantauan berterusan dilakukan dan bantuan segera disediakan bagi memastikan keselamatan semua mangsa terjamin,” tegas kenyataan itu.

BERITA LAIN

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

BERITA TERBARU

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian