KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi.
Beliau berkata, laluan ini berpotensi menjadi jalan alternatif dari Balingian ke Bintulu serta berfungsi sebagai
laluan utama bagi kenderaan berat dan kenderaan industri.
“Langkah ini penting bagi mengurangkan penggunaan jalan pesisir oleh kenderaan bermuatan berat yang turut menyumbang kepada kerosakan jalan serta menjejaskan keselamatan pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 dan Usul Merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.
Dalam masa yang sama, Yakub berkata Jalan Ulu Bayan perlu dinaik taraf melalui kerja-kerja pelebaran jalan bagi meningkatkan keselamatan dan kelancaran pergerakan kenderaan kerana keadaan jalan tersebut agak sempit.
Dalam pada itu, beliau turut meminta agar Skim Pembesaran Kampung (SPK) Sau dan SPK Kampung Kuala Balingian dinaik taraf melalui penyediaan infrastruktur asas yang lebih lengkap.
Katanya, antaranya termasuklah tapak lot yang ditembok, jalan, sistem perparitan, bekalan air bersih, elektrik serta kemudahan telekomunikasi.
“Kemudahan ini penting bagi memastikan kawasan penempatan tersebut berkembang secara terancang dan memudahkan serta memberikan keselesaan kepada penduduk.
Beliau turut memohon penjelasan daripada pihak berkenaan mengenai status terkini permohonan naik taraf SPK Sau dan SPK Kampung Kuala Balingian agar penduduk yang terlibat mengetahui perkembangan sebenar dan tidak terus bergantung pada maklumat yang tidak lengkap.
End
Bagi merancakkan perniagaan tempatan, Yakub berkata pembinaan Medan
Selera Sungai Alo di kawasan berhampiran pantai yang mempunyai pemandangan semula jadi yang menarik serta berpotensi untuk dibangunkan sebagai lokasi tumpuan pengunjung.
“Saya percaya kemudahan ini dapat menyediakan ruang perniagaan yang lebih teratur kepada peniaga tempatan, menarik lebih ramai pengunjung serta membuka peluang ekonomi baharu bagi
meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.
Selain itu beliau mencadangkan Medan Selera Mateding Fasa 2 dinaik taraf bagi menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan teratur kepada peniaga serta
pengunjung.
Katanya, kawasan ini juga berpotensi dijadikan lokasi persinggahan dan hentian rehat pengguna jalan raya.
Beliau berkata, ruang parkir
khas untuk lori dan kenderaan berat ditambah memandangkan parkir yang sedia ada tidak mencukupi menampung jumlah kenderaan yang semakin meningkat.

