ARTIKEL

17 projek lewat KPM siap sepenuhnya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 17 daripada 46 projek pembangunan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) berstatus lewat yang dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) telah berjaya disiapkan.

KPM berkata, sehingga 31 Disember 2024, sebanyak 46 projek pembangunan KPM berstatus lewat (sakit) dan jumlah itu mewakili 2.3 peratus daripada keseluruhan 2,040 projek di bawah Pelan Boleh Pinda Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“19 projek kini berada dalam pelbagai status pelaksanaan iaitu tiga projek Dahulu Jadual (DJ), lapan projek Ikut Jadual (IJ), tiga projek Lewat Jadual (LJ) dan lima projek tender semula.

“Baki 10 projek masih kekal berstatus sakit,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

KPM mengambil perhatian serius terhadap LKAN mengenai projek pembangunan pendidikan yang tertangguh di seluruh negara.

“Antara langkah yang dilaksanakan bagi menangani isu ini adalah melalui pemantauan rapi di tapak dan mekanisme penyelarasan pelaksanaan pembangunan negara bagi meningkatkan prestasi projek.

“Selain itu, sesi libat urus turut diadakan dengan semua pemegang taruh secara berkala termasuk kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penyedia utiliti.

“KPM sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan projek pembangunan dilaksana dengan baik mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan demi manfaat seluruh masyarakat,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU