ARTIKEL

Foto: Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sabah

18 rumah di Kpg Kuala Abai, Kota Belud hangus terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU, Sabah: Sebanyak 18 buah rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran yang berlaku petang tadi di Kampung Kuala Abai, Kota Belud.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataannya memaklumkan pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 3.43 petang sebelum mereka bergerak ke tempat kejadian sejauh 13 kilometer.

“Operasi terkawal pada jam 5.20 petang dan kerja-kerja memadam bara api masih dijalankan dengan menggunakan 500 kaki hos bomba, dua aliran, dua pancutan sumber air dari tangki jentera dan air dari sungai yang berhampiran,” menurut kenyataan itu.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, lapan dari BBP Tuaran bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kulambai dan PBS Pangkalan Abai turut sama membantu memadamkan kebakaran itu.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) turut berada di lokasi kejadian bagi membantu memastikan keadaan terkawal.

Tiada kecederaan dan kematian dilaporkan setakat ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU