ARTIKEL

19 Rumah Setinggan Musnah, 74 Penghuni Hilang Tempat Tinggal di Tatau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Seramai 74 penghuni hilang tempat tinggal selepas 19 rumah setinggan di Seberang Pasar Lama Tatau, kira-kira 200 meter dari Pekan Tatau, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.08 pagi sebelum pasukan dari BBP Tatau dengan bantuan BBP Bintulu digerakkan ke lokasi menggunakan laluan sungai.

“Kebakaran melibatkan 17 rumah musnah sepenuhnya manakala dua rumah lagi terbakar kira-kira 20 peratus akibat bahangan sebelum terpaksa dirobohkan bagi menghalang api daripada merebak,” menurut kenyataan itu.

Seorang mangsa lelaki dewasa melecur 20 peratus di bahagian belakang badan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Tatau oleh orang awam.

Operasi diketuai Ketua BBP Tatau, PB T II Herudin Bin Ealhi bersama 19 anggota menggunakan empat pam angkut dengan sumber air sungai kerana jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan terbabit.

Api berjaya dikawal pada jam 11.06 pagi manakala kerja ‘overhaul’ masih dijalankan sehingga kini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU