ARTIKEL

BERCAKAP... Ketua Jurulatih Johor Darul Takzim, Munoz Llompart Francisco Javier.

200 peratus tenaga JDT atasi KC FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Jurulatih Johor Darul Takzim, Munoz Llompart Francisco Javier mengakui anak buahnya terpaksa mengerah tenaga penuh demi memastikan tiga mata penuh dimiliki dalam aksi menentang Kuching City FC (KC FC) di Stadium Negeri pada Ahad.

“Mereka memberi 200 peratus dalam perlawanan itu dan kita boleh katakan Kuching juga memberi 100 peratus,” katanya ketika mengulas perlawanan yang menyaksikan JDT sekadar membolosi satu gol biarpun menentang 10 pemain selepas Yuki Tanigawa dilayangkan kad merah akibat mengasari Figueiredo.

BERCAKAP… Ketua Jurulatih KC FC, Aidil Sharin Sahak.

Beliau mengakui pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak itu mempunyai kekuatan tersendiri terutama ketika beraksi selaku tuan rumah.

“Mereka sangat agresif, mempunyai intensiti dan kemampuan mengawal padang dengan baik. Rentak permainan juga sangat baik dan sudah pasti ia menyukarkan permainan kita,” dedahnya.

Sementara itu, Aidil Sharin menegaskan anak buahnya telah memberikan persembahan memuaskan biarpun bertemu dengan pasukan gergasi seperti JDT.

“Perlawanan ini kita dapat melihat pasukan kerdil seperti pasukan kami mampu memberi saingan dan standard yang sama.

“Walaupun bermain dengan 10 pemain, mereka memberikan segalanya dan kita akui sudah tentu sukar untuk kita bermain dengan kekurangan itu, bayangkan bermain dengan 11 pemain sudah sukar inikan pula bermain dengan 10 pemain, namun mereka membuktikannya,” katanya.

Beliau memuji setiap pemain yang diturunkan berjaya memberi impak terhadap permainan sehingga mampu menyekat pihak lawan untuk menambah jaringan mahupun melakukan percubaan merbahaya.

Beliau percaya KC FC kini boleh dikatakan berubah wajah dan yakin skuad kendaliannya mampu memberi cabaran di Liga Malaysia kali ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road