ARTIKEL

2,000 Anak Pokok Ditanam di Hutan Simpan Sabal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Usaha memulihkan kawasan hutan Sarawak terus dipergiat apabila sebanyak 2,000 anak pokok spesies bernilai tinggi ditanam menerusi program penanaman pokok di Hutan Simpan Sabal, hari ini.

Program anjuran bersama Jabatan Hutan Sarawak dan Cahya Mata Sarawak (CMS) itu menghimpunkan kira-kira 170 peserta yang terdiri daripada anggota Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Briged) Kem Penrissen, Kuching serta penduduk setempat.

Antara spesies pokok tempatan yang ditanam termasuklah meranti, luis dan resak yang dikenal pasti mampu menyumbang kepada pemulihan ekosistem serta memperkukuh biodiversiti hutan di negeri ini.

Inisiatif tersebut dilaksanakan sebagai sebahagian daripada langkah berterusan memulihkan landskap hutan yang terjejas selain menyokong agenda pengurusan hutan secara mampan di Sarawak.

Pelibatan anggota tentera bersama-sama komuniti setempat turut mencerminkan kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan usaha pemeliharaan alam sekitar dan memperluas kesedaran kepentingan penjagaan hutan.

Selain aktiviti penanaman pokok, program ini juga menjadi platform mendidik masyarakat supaya lebih menghargai kepentingan pemuliharaan alam semula jadi serta menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti berkaitan konservasi.

Program berkenaan merupakan siri kedua kerjasama antara Jabatan Hutan Sarawak dengan CMS bagi 2026, sekali gus membuktikan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam menjayakan kempen penghijauan Sarawak dan memastikan kelestarian biodiversiti untuk generasi akan datang.

Antara peserta yang menyertai program penanaman pokok di Hutan Simpan Sabal.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU