ARTIKEL

2,000 peserta untuk larian amal PropNex 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Larian Amal PropNex 2024 akan berlangsung pada 4 Ogos depan dengan sasaran 2,000 peserta akan turut serta.

Pengerusi Penganjur, Shirley Yeo menegaskan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terbabit dianjur oleh PropNex Reality Sdn. Bhd. dengan kerjasama Saradise Sdn. Bhd., J.V.Y dan City Jogger’s Club.

Menurut Shirley, empat kategori iaitu A, B, C dan D tersedia untuk peserta berminat dengan dua jarak berbeza iaitu 3 dan 7 kilometer.

“Ini merupakan program amal yang kita anjurkan, ia akan berlangsung pada 4 Ogos bermula daripada pekarangan pejabat PropNex Reality Sdn. Bhd., Saradise, Kuching pukul 6:30 pagi.

“Pihak kita mengalu-alukan individu berminat untuk menyertai larian amal itu kelak,” ujar Shirley pada sidang media sebentar tadi.

Tegas beliau, yuran pendaftaran adalah berbeza dan tertakluk kepada kategori yang ingin disertai.

“Yuran pendaftaran bermula dari RM10 hingga RM50 dan terpulang kepada individu terbabit untuk memilihkan,” jelas beliau.

Sambil menyatakan, peserta yang sudah mengesah penyertaan akan mendapat pingat, baju dan sebagainya bergantung kepada yuran dari kategori disertai.

Tarikh akhir pendaftaran pada 30 Jun depan dan sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi talian 011-37319119.

Pelbagai hadiah menarik untuk sesi cabutan bertuah pada hari berlangsungnya larian itu kelak.

Dalam pada itu, Shirley turut mengalu-alukan program larian amal itu kelak dapat disertai mereka yang mempunyai keluarga.

Sejajar dengan objektif penganjuran larian amal itu untuk memberi kesedaran dan menekankan kepada masyarakat pentingnya amalan gaya hidup sihat.

Selain, memupuk sikap saling membantu mengambil kira hasil sumbangan diperoleh pada program itu kelak akan turut disalur kepada rumah amal (The Salvation Army).

Hadir sama sidang media tersebut beberapa wakil rakan strategik lain.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha