ARTIKEL

21 finalis Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024. - Foto: Gary

21 finalis siap sedia bagi Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 21 finalis Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024 tiba di Grand Riverine Ballroom di sini pada petang semalam bagi persediaan untuk pertandingan akhir esok (30 Jun). 

Pertandingan itu merangkumi tiga kategori, iaitu Miss (18 hingga 29 tahun), Ms (30 hingga 44 tahun) dan Ms Elite (45 tahun dan ke atas), yang disertai finalis dari Sabah dan Sarawak.

Menurut Pengarah Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024, Kimi Tomas, 
beliau komited untuk mempromosikan budaya Sarawak dan Borneo kepada semua ratu di seluruh dunia melalui pertandingan ratu cantik.

“Kini, saya sedang gigih mengusahakan projek sulung, Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024, dengan mengambil lesen francais ini dari Amerika Syarikat (AS), dan hanya lima terbaik akan melangkah ke peringkat kebangsaan.

“Ia adalah tanggungjawab yang besar buat saya kerana saya akan membawa peserta dari Sarawak dan Sabah ke peringkat kebangsaan,” katanya kepada Suara Sarawak semasa sesi sidang media. 

Lebih mengujakan, katanya, pemenang seterusnya akan bertanding di Atlanta, AS, mewakili Malaysia.

Seramai sembilan peserta berentap dalam kategori Miss Stellar World Malaysia 2024, iaitu Fiza Lucas, 22, Iban-Melanau (Bintulu), Phoebe Chloe, 19, Orang Ulu-Iban (Miri), Marryna Yong, 22, Iban-Cina (Miri), Adline Teo, 26, Orang Ulu-Cina (Sibu), Jesrina Roslivia, 27, Bidayuh (Sibu), Nicole Gabriella, 22, Bidayuh (Kuching), Jaqqualyne Augustine, 26, Iban (Kuching), Nara Kennedy, 24, Iban (Kuching) dan Doraty Ann, 26, Bidayuh (Kuching). 

Kimi ketika sesi sidang media di Grand Riverine Ballroom, Kuching pada petang Jumaat. – Foto: Gary

Kategori Ms Stellar World Malaysia Borneo 2024 disertai oleh Rachel Ujai, 42, Iban (Kuching), Dahliani Mingai, 42, Kedayan (Kuching), Mardiana Dickson, 32, Iban-Melanau (Miri), Traisy Vivien, 30, Iban-Bidayuh (Kuching), Pauline Jagan, 41, Iban (Sibu), Priscilla Yii, 36, Iban-Cina (Kuching) dan Priscilla Thomas, 36, Bidayuh (Kuching). 

Seterusnya, lima peserta akan merebut gelaran Ms Elite Stellar World Malaysia Borneo, Ani Mustapah, 48, Bajau (Kota Kinabalu), Joanna Kitingan, 66, Kadazan-Dusun (Kota Kinabalu), Kristena Gawan, 53, Iban (Sibu), Sofea Yusuf, 47, Melayu (Kuching) dan Julia Thomson, 47, Iban (Kuching). 

Dalam pada itu, Kimi menjemput orang ramai untuk menyaksikan pentas akhir Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024 yang akan diadakan di Grand Riverine Ballroom di Kuching esok.

Kimi, seorang usahawan Iban kelahiran Saratok,berkata sebahagian daripada advokasi dan matlamatnya untuk mempromosikan Borneo pada peringkat antarabangsa, beliau berharap pemenang akan datang dari Sarawak atau Sabah.

Beliau berhasrat untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang di dalam dan luar negara agar mereka belajar dan tahu lebih lanjut tentang Sarawak secara keseluruhannya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU